[RASMI] Cara Daftar Mengundi & Semakan Online 2017/2018

Cara Untuk Daftar Mengundi Dan Semakan Nama Mengundi Secara Online Dan SMS 2017/2018

Cara Untuk Daftar Mengundi Dan Semakan Nama Mengundi Secara Online Dan SMS 2017/2018

Berikut dikongsikan cara membuat semakan daftar pemilih SPR secara online dan SMS.  Kepada yang telah mendaftar nama sebagai pengundi, anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara Online dan SMS.

Nota AdminCara Semak Nama Daftar Mengundi Secara Online 2017/2018

Semakan Nama Pengundi Individu :

(Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda)

Semakan Nama Pengundi Bagi Isi Rumah : 

(Masukkan Nombor Kad Pengenalan Keluarga Anda)

Nota AdminCara Semak Nama Daftar Mengundi Secara SMS 2017/2018

  1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
  2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Cara Untuk Daftar Mengundi Dan Semakan Nama Mengundi Secara Online Dan SMS 2017/2018

Nota AdminCara Daftar Mengundi 2017/2018

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran pemilih bagi mereka yang belum mendaftar lagi sebagi pengundi berdaftar.

InfoSyarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sudah mencapai umur 21 tahun
  3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

InfoPusat Pendaftaran

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran seperti berikut;
  • (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
  • (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
  • (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
  • (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Previous
Next Post »
Thanks for your comment