Lagu Tema OST Drama Awak Sangat Nakal (Astro Ria)

Timeline Cover

Lagu Tema OST Drama Awak Sangat Nakal (Astro Ria)
Nantikan kemunculan drama Awak Sangat Nakal yang bakal bersiaran pada bulan Oktober ini di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD.


Lagu Tema OST Drama Awak Sangat Nakal (Astro Ria)


Awak Sangat Nakal

SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL 

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

LAGU TEMA OST DRAMA AWAK SANGAT NAK NAKAL ASTRO RIA

Lagu Tema OST Drama Awak Sangat Nakal (Astro Ria) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: admin layanstreaming
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan